Filem ini bukan untuk semua orang. Ia lebih sesuai untuk penonton yang menikmati psychological horror berbanding horror yang bergantung kepada jumpscare atau kejutan semata-mata.
Secara peribadi, saya suka pendekatan filem ini. Ia agak mindblowing kerana naratifnya tidak memberikan semua jawapan secara terus. Bahagian paling menarik ialah apa sebenarnya yang berlaku dalam BACKROOMS ini terbuka kepada tafsiran penonton berdasarkan hujah dan pengalaman masing-masing.
Persoalan paling besar filem ini bukan sekadar ‘apa yang ada dalam Backrooms?’, tetapi siapa sebenarnya watak-watak ini dan apakah realiti yang sedang mereka jalani?
Siapa Clark? Apa sebenarnya konflik dalaman yang sedang dihadapinya? Adakah Mary (pakar psikatri) benar-benar membantu Clark atau sebenarnya dia juga sedang berdepan dengan trauma dirinya sendiri? Dan siapakah Dr Phil dalam keseluruhan perjalanan ini yang seolah-olah memantau semua kejadian?
Begitu juga dengan Kat dan teman lelakinya, kehadiran mereka seolah-olah membuka lapisan lain dalam cerita yang membuatkan penonton mula mempersoalkan sama ada apa yang berlaku itu benar-benar realiti atau gambaran psikologi Clark sendiri. Watak-watak seperti makhluk lanun/monster dan โmanusia lainโ dalam dimensi (Backrooms) yang ditemui Clark di kedai perabotnya juga boleh dibaca sebagai visual symbolism dan bukan sekadar elemen seram tapi ketakutan, trauma dan tekanan yang menghantui dirinya.
Bagi sy BACKROOMS sebenarnya lebih dekat difahami sebagai kisah tentang keadaan psikologi Clark, seorang lelaki yang sedang bergelut sebagai suami dan penyedia keperluan keluarga. Dia tanggung beban ekonomi, tekanan emosi dan rasa tidak diterima dalam hubungan rumah tangga sehingga dia mula berhadapan dengan satu dunia yang boleh jadi satu manifestasi konflik dalaman dirinya. Menjadikan perspektif Clark sebagai pintu utama memahami world-building filem ni lebih mudah kerana Clark adalah watak utama.
Satu hal yang menarik, filem ini tidak paksa penonton terima satu jawapan. Ia memberi ruang untuk kita bertanya adakah Clark benar-benar masuk ke dunia lain (backrooms) atau sebenarnya dia sedang tersesat dalam dunia fikirannya sendiri. Kita yang menonton pun mcm mau sesat juga. Sehingga perenggan terakhir tulisan ni, saya masih berfikir tentang Dr Phil, dia siapa dan adakah dia yang bina backrooms tersebut.
Stars 4.5/5

