๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐‹๐„๐„ ๐‚๐‘๐Ž๐๐ˆ๐’๐’ ๐“๐‡๐„ ๐Œ๐”๐Œ๐Œ๐˜ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ‘๐๐ž๐ง๐ ๐ก๐ฎ๐ง๐ข’ ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ข๐š (๐ฆ๐š๐ฒ๐š๐ญ) ๐ฅ๐š๐ฆ๐š ๐ฆ๐ž๐ง๐œ๐š๐ซ๐ข ‘๐ญ๐ฎ๐›๐ฎ๐ก ๐›๐š๐ซ๐ฎ’

Sebaik selesai filem tiada satupun penonton bangun. Aik, semua menunggu sekejap adakah lagi visual tertentu dari filem ni yang terpapar sbb biasanya selepas rolling credit di hujung filem akan ada visual tertentu. Anda tengok la sendirila nanti. Hall 6 yang agak luas di 10Star Cinemas Parklane City Benoni malam sabtu tu, show 10.30pm separuh occupied. Ramai rupanya yang menunggu filem ni. Kenapa? Kamurang tengoklah nanti sendiri.

Ditangan pengarah Lee Cronin jelas The Mummy 2026 bukan lagi versi adventure macam dulu. Jangan harap. Kali Ini horror-thrillernya jauh lebih gelap. Visual kulit terkupas, dikupas, isi perut dan kepala terkeluar memang boleh buat loya. Lebih gelap dari filem-filem berunsur sihir Turki. Saya mention Turki sebab ada kemiripannya.

Kalau siri The Mummy dulu, watak utamanya memang ahli arkeologi kali ini tidak. Sebuah keluarga dari Amerika bertugas di Eygpt (Mesir), sang suami seorang wartawan tv, si isteri seorang jururawat dengan seorang anak lelaki dan seorang perempuan. Keluarga ini tiba-tiba jadi sasaran ‘mumia yang mengganas’

Filem ini fokus pada dua hal iaitu ketamakan manusia moden yang cuba ambil untung dari sejarah dan keterdesakan manusia untuk pastikan legasi ritual Mesir kuno dilanjutkan.

Walaupun The Mummy versi kali ini skopnya jauh lebih kecil namun lebih berat dari segi emosi. Kamera dekat dengan watak, suasana sempit, dan rasa terperangkap itu konsisten. Watak utama Jack Reynor tampil sebagai bukan hero sempurna. Dia ada silap, ada beban masa lalu. Konflik dia bukan setakat lawan mummy tapi lawan rasa bersalah sendiri.

Menariknya filem ini tidak bergantung pada jump scare. Kehadiran Charlie Connan (Jack Reynor) cukup untuk buat suasana jadi tegang. Ekspresi mata Jack sangat beliveable.

Visual filem yang kusam, kering dan ribut pasir memang standard penting siri The Mummy dan itu sesuai dengan cerita. Sound design dan practical effects sangat berkesan bina rasa seram sepanjang tontonan

Tema utama jelas, manusia selalu fikir boleh kawal segalanya, termasuk sejarah. Tapi ada benda yang tidak patut disentuh. Overall, The Mummy kali ni bukan sekadar remake. Ia versi yang lebih gelap, grounded dan serius.

Stars 4.5/5
#10StarCinemas #TheMummy2026 #HorrorThriller

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *