๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐Œ๐ˆ๐Š๐€๐„๐‹ – ๐๐„๐Œ๐๐”๐‘๐” ๐ƒ๐”๐€ ๐€๐‹๐€๐Œ ; ๐๐จ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐‰๐ข๐ง

Seperti posting awal saya, filem ni memang entertaining, bergaya, kelakar dan statisfying. Filem ni campuran seram, komedi dan aksi penuh bergaya dan stylo. Ada unsur thriller sikit.

Filem ni boleh dikatakan bukan tipikal filem seram Malaysia sbb agak rare, seperti gaya filem Constantine, Devil May Cry & Ghostbusters. Terasa vibe supernatural action 80an tapi ada handphone . Lagi kelakar sebab spine ceritanya ‘Polis vs Jin’ (Jarang ada polis ambil tahu pasal jin jin bagai ni). Menarik bila pelbagai jenis jin cuba bermaharajalela di sebuah pekan terpencil hingga akibatkan kacau bilau dan banyak pembunuhan ‘tanpa niat’ berlaku. Kenapa saya kata bergaya? sebab aksi heroik dan stylo Remy Ishak dan ‘team’nya berhadapan dengan Jin sebenar dan jin yang merasuk manusia. Yang saya nda tahan tiba-tiba ‘hujan katak’ terjadi dan itu petanda buruk.

Ada 4 watak penting yang mengerakkan cerita, pertama Mikael polis pemburu jin, kedua Winston wanita penjual alat penangkis sihir, Kok polis muda yang lurus bendul dan seorang lagi pencuri artifak alam ghaib.

Watak Mikael (Remy Ishak) tidak ditulis sebagai hero konvensional. Dia bukan sekadar pemburu makhluk ghaib tetapi sebagai manusia yang terperangkap dalam trauma yang tidak pernah selesai. Agak terkesan bahawa konflik dalaman Mikael sepatutnya jadi nadi emosi tapi agak tenggelam dengan lapisan aksi dan eksposisi dunia ghaib yang padat. Kita faham Mikael ada luka dan trauma tetapi jarang benar-benar merasai luka itu. Terdapat suntikan emosional dibahagian ini tapi kurang ditonjolkan.

Dari sudut pengarahan oleh Zahir Omar, jelas ada keberanian visual. Ada percubaan untuk keluar dari bahasa sinema lokal yang statik. Menarik bila penggunaan pencahayaan kontras, rekaan makhluk, dan staging adegan aksi terlihat ke arah ciri estetika antarabangsa.

Overall, filem ni walaupun terasa agak overstuffed dengan efek dan cerita jin, artifak, alam ghaib namun untuk saya, saya terhibur tengok filem ni sebab garapan dan ceritanya yang rare.

Paling penting, di sebalik naratif Mikael: Pemburu Dua Alam ni saya terkesan beberapa pantulan realiti sosial dan politik tentang siapa yang mengawal, siapa yang dikawal dan bagaimana ketakutan dijadikan alat haha. Bagi saya ini kejayaan penting disebalik hiburan yang dihidang oleh filem ini. Haha very good

Stars 5/5

#MikaelPemburuDuaAlam #FilemMalaysia #TontonDi10StarCinemas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *