Filem ini bawa penonton ke ruang yang jarang diteroka dalam filem seram iaitu dunia mortuary atau tempat mengurus dan mengawet mayat.
Dari awal lagi, filem ini bermain dengan idea yang sangat tidak selesa: bagaimana jika sesuatu yang jahat sebenarnya bersembunyi di dalam tubuh yang sudah mati? Seperkara saya terfikir filem ni ‘language’ shotnya sangat menginspirasi. Bijak bercerita untuk memancing rasa takut penonton.
Kisah tentang pembantu mortuary yang terpaksa bekerja waktu malam, uruskan beberapa mayat yang tiba secara misteri. Semakin lama dia berada di situ semakin jelas ada sesuatu yang bukan sekadar mayat biasa berada dalam bangunan tersebut.
Kekuatan utama filem ini ialah atmosfera seramnya yang konsisten dari awal hingga akhir. Ketakutan dibina melalui rasa tidak selesa yang perlahan tetapi berterusan. Set lorong sempit, lampu malap, bunyi troli mayat logam, bilik autopsi yang sunyi & bunyi mayat yg terbakar jadi elemen yang tekan penonton secara psikologi.
Dari perspektif lakonan, situasi ini memberi ruang yang menarik kepada pelakon untuk ‘mainkan’ watak sbb hampir keseluruhan konflik berlaku dalam kesunyian dan tekanan psikologi.
Watak utama cuba sentiasa berada dalam keadaan ‘kekal profesional’ ketika mengurus mayat, cuba memahami apa yang sedang berlaku, cuba menenangkan diri sendiri ketika gangguan di tempat kerjanya serta trauma masa lampau.
Secara keseluruhan The Mortuary Assistant bukan sekadar tentang mayat yang menakutkan, tetapi tentang ketakutan manusia ketika berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat difahami. Sentuhan emosional hubungan anak bapa juga turut terasa walaupun hanya subplot penceritaan. Best!
Stars 5/5


