Mudahnya, sebelum buat baik, fikir baik-baik dahulu. Filem ni, dari judulnya saja pun sudah terbentuk thematic premise yang kuat iaitu persoalan tentang doa, niat dan konsekuensi. Filem arahan Jay Sukmo ini tidak menjawab secara melodramatik persoalan ‘benarkah?’ di atas tapi sebaliknya melalui pendekatan naratif yang reflektif dengan memberi ruang kepada penonton untuk merenung, berfikir dan menyelami konflik dalaman watak.
Filem ni tentang kehadiran orang ketiga tapi bukan seperti yang selalu kita bayangkan. Kehadiran orang ketiga tidak digunakan sebagai plot device semata-mata tapi lebih kepada fungsi sebagai katalis konflik moral dan spiritual dalam sebuah rumahtangga yang asalnya stabil yang kemudian perlahan berhadapan dengan dramatic tension yang seakan tidak ada penghujung. Dari segi pengarahan, temponya agak terkawal (bukan slow) dan ini beri ruang kepada penonton mengikuti dunia dan emosi watak berkembang. Nuansa keagamaan yang diserap juga tidak terasa didaktik sangat. Ringkasnya saya sifatkan filem ni filem ‘air mata’ jugalah.
Lakonan? Untuk saya semua pemeran utama berjaya sampaikan inner life of the character masing-masing dengan cemerlang walaupun secara jujur para pemerannya agak kurang familiar bagi saya kecuali watak Laila (Annissa Kaila) yang kali pertama saya lihat dalam filem Ozora sebelum ini, demikian juga sutradaranya yang kali pertama saya tonton karyanya.
Lakonan Revalina S. Temat sebagai isteri jelas berjaya pamerkan inner work yang kuat dengan ekspresi yang restrained. Permainan mata yang menyimpan konflik batin ditampilkan sebagai pengganti letusan emosi berlebihan. Gunawan Sudrajat sebagai watak suami juga cemerlang dengan pendekatan sederhana dan naturalistic menjadikan dilema poligami itu terasa seadanya dan tidak terlihat antagonistik. Paling menarik dari filem ini bagi saya ialah lakonan Megan Domani sebagai orang ketiga yang tidak terlihat sebagai villain klise tetapi sebagai karakter yang turut terperangkap dalam dilema nilai.
.
Secara keseluruhan, filem ini bukan tentang Tuhan yang tidak mendengar, tetapi tentang manusia yang selalu salah mentafsir kehendak dan niat sendiri. Filem ni juga mengundang penonton untuk renung dulu sebelum buat keputusan yang dibungkus atas nama berbuat kebaikan. Teringat kata-kata “moral intention does not always justify consequence”
4.5/5


