Semua orang pernah di titik antara percaya dan tidak dengan sihir tapi hakikat paling pasti sihir wujud! dari dulu, kini dan selamanya. Nabi-nabi pun pernah kena sihir. Begitu juga ramal nasib/takdir, percaya atau tidak, yang pasti ada ramalan yang pernah terbukti benar.
Akibat sihir, pengaruh jin dan ramalan takdir adalah intipati yang digarap oleh filem Üç Harfliler: Fal (Makhluk 3 huruf merujuk kepada Jin & amalan menilik dan mengubah takdir)
Filem psikologikal horror ni dimulai dengan kepulangan gadis bernama Irem dari bandar ke pangkuan ibubapanya di kampung kerana ibunya sakit.
Irem disambut mesra dua sepupu perempuan hampir sebayanya Nida dan Esma yang turut tinggal di rumah yang sama kerana ibubapa mereka telah meninggal.
Kematian mengejut nenek mereka adalah plot point penting cerita. Selepas itu, Irem pula mula didatangi mimpi buruk melibatkan ahli keluarganya. Nida juga demikian, diganggu setiap kali hendak solat. Esma yang sedang tunggu lamaran kekasihnya juga dikejutkan dengan keputusan ibu lelaki berkenaan putuskan hubungan dengan Esma atas alasan keluarga Esma amalkan sihir.
Bermulalah usaha Irem, Esma dan Nida mencari jawapan apa yang sebenarnya terjadi dalam keluarga mereka. Mengapa ibu Irem terlantar sakit tidak dapat bercakap, mengapa nenek mereka ditemui meninggal dalam sebuah perigi, mengapa ibu dan bapa Esma meninggal kerana kemalangan ngeri. Pencarian tersebut mengungkapkan kebenaran yang pahit disamping plot twist yang mengejutkan. Siapa yang menyihir keluarga mereka? Apa puncanya.
Menarik bila terlihat filem guna lokasi yang minimal atau di situ-situ juga. Ruang sempit dan tertutup bawa penonton rasa dunia semua watak mengecil kerana gangguan besar yang saban hari menghimpit. Set rumah lama, bilik stor sempit, lorong gelap berfungsi bukan sekadar latar (mise en scene) tetapi perangkap emosi yang paksa penonton ikut rasa ketakutan watak dan memang menakutkan.
Lebih menarik, Jinnya ada disiplin! selalu muncul dalam formasi tertentu yang teaterikal contohnya berdiri dalam bentuk simetri, berhimpun seperti satu komuniti. Satu isyarat bahawa ancaman ini bukan lagi individu tapi ‘sistem’ atau sesuatu yang sudah lama wujud dalam keluarga tersebut.
Paling menyeramkan wajah jin yang ditampilkan dari penggunaan practical effects dgn visual effects minimum mengubah wajah dari normal kepada bentuk yang jijik dan menakutkan (facial distortion) menambah kejutan demi kejutan di filem ni.
Recommended
Stars 4/5


