Filem 28 Years Later: The Bone Temple ; Filem pasca-apokaliptik yang sarat metafora untuk perenungan.

Peminat filem pasca apokaliptik (fasa hampir 3 dekad kemusnahan Britain) akibat serangan virus mesti akan pergi tonton filem ni. Tahun lepas filem ni keluar juga dengan tajuk 28 Years Later sahaja sementara tahun 2026 ni ditambah dengan sub-tajuk The Bone Temple.

Apa beza dua cerita ni ? Filem 2025 menyoroti kisah survivor jangkitan virus yang tinggal berkomuniti di sebuah pulau. Filem 2026 ni pula lebih kepada sorotan kehidupan unit-unit kecil keluarga yang masih tinggal di tanah besar yang berselerak.

Watak Spike remaja dalam filem 28 years later (2025) yang datang dari pulau ke tanah besar, watak Dr Ian Kelsen penyelengara mayat mangsa virus masih ada!. Demikian juga watak Sir Lord Jimmy Crystal pemimpin kultus di tanah besar yang menjumpai Spike dihujung filem yang tayang 2025 tu

Kalau ada yg tidak sempat tengok filem 2025 sebelumnya, jangan risau sbb jalan cerita mudah difahami. Lebih menarik kali ini ada cameo aktor Cillian Murphy sekaligus penerbit eksekutif The Bone Temple ni dan filem sebelumnya.

Seronok dan agak tegang menonton filem ni cuma saranan saya jangan bawa kanak-kanak 12 tahun kebawah banyak babak terlalu intens dan brutal. Lalu kenapa sy katakan filem ni sarat metafora?

Sebelum tu, filem ni bijak gabungkan ketegangan, drama, dan simbolisme hingga terlintas, apa lagi yang tersisa kalau manusia menghadapi ‘zero day’ (walaupun filem ni tajuknya 28 years later)

Saya juga terperasan filem ni banyak guna wide shot yang semestinya untuk menegaskan ‘keterasingan manusia’. Kadang ada shot frame-in-frame yang menunjukkan betapa kecil dan terasingnya manusia. Demikian juga terlihat bandar kosong, ruang landskap luas, struktur bone temple (kawasan tulang dan tengkorak disusun) yang dipapar secara wide untuk sampaikan ‘trauma’ dari sebuah bencana kpd penonton.

Ya metafora memang pilihan estetik filem ni terutama melalui watak-wataknya. Watak utama, Spike (remaja) adalah simbolik generasi baru yang lahir dalam kacau bilau. Stakes Spike ialah untuk mencari siapa dan bagaimana identitinya selepas kehancuran berlaku. Mampukah bertahan.

Watak Dr. Kelson mewakili manusia yang percaya bahawa pengetahuan saintifik masih boleh diharapkan untuk menyembuhkan infeksi dan mereka yang infected.

Watak Lord Sir Jimmy Crystal pula, sebagai pemimpin kultus mewakili sosok manusia yang cuba mengekalkan kuasa ditengah kekacauan dengan mengawal manusia melalui rasa takut dan ritual.

Ada satu lagi watak yang agak menarik bertubuh sasa dan tinggi iaitu Samson. Watak ini pula lebih untuk fungsi dramatik cerita. Samson digambarkan ‘mempelajari’ sesuatu secara tidak langsung dari Dr Kelson. Menarik part ni.

Secara keseluruhan, filem ni datang dengan tarikan dan pemikiran yang tersendiri. Ia berhujung dengan pertanyaan tentang identiti, harapan dan makna hidup.

Best, tonton untuk rekreasi dan memperkayakan minda. Hanya di 10 Star Cinemas.

4/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *