Filem GREENLAND 2 : Migration (US 2026) ; Manusia tidak boleh terus ‘sembunyi’

US memang selalu buat filem pos-apokaliptik survival begini. Intinya hampir sama, lepas bencana besar, apa manusia akan buat, bagaimana manusia survive, apa kemungkinan tingkah laku manusia untuk bertahan hidup dan mencari tempat yang lebih selamat.

Filem-filem ‘simulasi kemusnahan’ buatan Hollywood seperti ni walaupun kadang ada yang mengganggapnya mengarut tapi diselitkan dengan fakta sains. Melihat kerosakan dan usaha survival yang dipaparkan kadang ajak kita bertanya soalan eksestansial manusia “bagaimana kalau saya sendiri berada dalam keadaan begitu?’.

Yang menarik tentang Greenland 2; Migration ialah selepas 5 tahun dalam bunker untuk elak ribut beracun dan objek yang jatuh dari langit penghuni harus ‘dipaksa’ keluar kerana gerakan tektonik bumi yang sentiasa berlaku mengakibatkan atap dan dinding bunker runtuh. Keadaan bumi yang telah berubah secara radikal hanya beri pilihan ‘mau keluar, udara beracun, mau tinggal terus di bunker, risikonya tertimbus hidup-hidup dan mati perlahan-lahan.

Filem Greenland 2 ; Migration adalah sekuel filem Greenland (2020) yang mengisahkan tiga beranak iaitu pasangan John (seorang jurutera struktur lakonan Gerard Butler), isterinya Allison dan anak lelaki remaja mereka Nathan. John perlu bawa keluarganya ke bahagian lain bumi (kecil) yang dikenalpasti oleh saintis sebagai selamat.

Sesuai tajuk ‘Migration’ keluarga ini dan ratusan yang lain perlu migrate dan ada ‘harga’ yang perlu dibayar. Selain visual kacau bilau bumi dengan hujan batu dari langit yang menakutkan, keadaan kacau bilau jiwa dan konflik moral dalam perlumbaan untuk terus hidul yang timbul juga menarik untuk disoroti. Aneh juga bila ada segilintir yang berhenti berjuang dan pasrah saja.

Dari segi visual, gabungan CGI berlapis, compositing dan pergerakan kamera, filem ini berjaya membina emosi penonton tertekan bercampur rasa tidak berdaya (indada harapan). Ini menebalkan empati penonton hingga terus ingin menonton.

Setiap filem ada pesan penting, filem ini mencadangkan bahawa ketika semuanya serabut, rapikanlah sabar, bungkus kemas dengan harapan dan juang. Filem ni juga tentang keluarga dan nilai kasih sayang sejati.

5/5

#Greenland2Migration

#Support10StarCinemas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *