Filem ini zombie kah? Jawapan saya: ya dan tidak. We Bury The Dead bukan filem zombie konvensional yang penuh huru-hara, gore atau survival spectacle. Jika ada pun, ia hanya berfungsi sebagai metafora, simbol kehilangan, rasa bersalah, dan kegagalan manusia. Fokus sebenar filem ini ialah manusia yang masih hidup, harapan, dan tujuan hidup mereka.
Filem bergenre psikologikal horor-drama ni berpusat pada Ava, seorang wanita yang menyertai misi pembersihan mayat selepas bencana besar. Ribuan mayat hidup, masih bernafas tetapi bukan manusia sepenuhnya, perlu disemadikan. Misi pasukan yang disertai Ava akhirnya berubah menjadi perjalanan peribadinya untuk menjejak suaminya, yang juga terlibat dalam bencana itu.
Di act 1, visual kemusnahan dan operasi berskala besar sangat memukau. Act 2 menyorot misi peribadi Ava dengan bantuan seorang rakan lelaki. Di bahagian ni ada serangkaian peristiwa segar, mencengangkan dan menyentuh emosi penonton. Di act 3 akhirnya mengungkap motivasi Ava sebenarnya. Seperkara, watak Ava menarik kerana tindakannya kelihatan heroik, cari dan cuba selamatkan suami namun pada masa sama ada unsur dirinya cuba menjustifikasi kesalahan lampau. Filem ini secara halus menyampaikan pesan bahawa walau di tengah kematian dan kehancuran sekalipun, kemanusiaan dan cinta tetap bertahan.
Untuk saya, ini filem yang wajib ditonton. 5/5 Stars


