Filem JANUR IRENG – SEWU DINO (INDO 2025) ; Jangan menguasai alam, tapi fahami batasnya.

Kalau tanya saya, “Seramkah?”
Jawapan saya: filem ini bukan horror berasaskan jump scare atau shock value. Lebih tepat mungkin kalau disebut filem ni slow-burn horror yang bergantung pada atmospheric tension dan psychological unease.

Pengalaman menonton lebih ke resah, gelisah dan tidak selesa, sebelum sesekali dikejutkan oleh payoff yang terancang.

Ada juga adegan brutal realism spt percikan darah, muntah hitam yang sememangnya untuk fungsi narrative punctuation (terfikir juga, ini eksploitasi visual ni)

Spine cerita ringkas tetapi jelas, satu ritual ciptaan manusia untuk mengawal nasib bertukar jadi kuasa yang kawal manusia itu sendiri kerana ritual tersebut datang dengan syarat dan akibat yang tidak boleh dielakkan.

Kekuatan skrip terletak pada naratif berlapis bermula dengan asal-usul ritual kemudian implikasinya perlahan membesar dan menakutkan. Ketakutan watak tidak hadir secara mendadak, sebaliknya dibina secara gradual dan konsisten hasil keputusan leluhur yang cuba memintas hukum alam melalui ritual (ritual menjijikkan)

Dari segi pengarahan, jelas pengarah memilih reka bentuk bunyi dan komposisi visual sebagai alat penceritaan. Sepertinya pengarah percaya bahawa mood (atmosfere) lebih berkesan daripada kejutan segera (jump scares). Di mata saya, it works✌🏻

Lakonan? restrained performance. Tiada ledakan dramatik. Kesenyapan, bahasa tubuh, subteks jadi medium pelakon menyampaikan konflik dalaman watak.

Untuk saya filem ni not bad, saya boleh katakan juga filem ni bukan untuk semua orang, apa lagi untuk jenis penonton yang mahukan hiburan segera. Perlu sabar dan sedia untuk duduk tidak selesa sepanjang tontonan.

Filem Janur Ireng – Sewu Dino adalah alegori tentang harga yang perlu manusia bayar bila memilih untuk menguasai alam tetapi tidak memahami batasnya.

Di hujung filem, plot twist berfungsi sebagai intertextual callback yg boleh dikaitkan dengan Sewu Dino (2023)

4/5 Stars

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *