Filem AGAK LAEN – Menyala Pantiku (INDO 2025) ; Betul-betul menyala lucunya.

Haha for me filem ni simply 5/5 stars la sy kasi. Saya rasa ini filem situational comedy tergempak dari Indonesia tahun ini. Dari openingnya sampai pre-ending kemudian ke ending sebenar semuanya buat kita tidak kering gusi! Selucu-lucunya garapan cerita ni sutradara Muhadkly Acho dan producernya Ernest Prakasa dan Dipa Andika tetap brilliantly selitkan ๐‡๐ž๐š๐ซ๐ญ ๐ฆ๐จ๐ฆ๐ž๐ง๐ญ yang buat penonton bersedih dan berempati seketika.

Walaupun judul AGAK LAEN pernah ditangani oleh trio di atas pada tahun 2024 (saya sempat tengok dan review di SINI ) tapi ia bukan sekuel atau prekuel. Filem ๐€๐ ๐š๐ค ๐‹๐š๐ž๐ง – ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ฅ๐š ๐๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐ฎ 2025 sebuah cerita yang berdiri sendiri. Hanya saja mengekalkan barisan tonggak utama filem terdahulu termasuklah sutradara dan producernya.

Paling ketara ๐œ๐ก๐š๐ซ๐š๐œ๐ญ๐ž๐ซ ๐ฐ๐จ๐ซ๐ค mendalam dan cemerlang yang ditunjukkan oleh 4 pemeran utamanya iaitu Bene Dion, Boris Bokir, Indra Jegel, dan Oki Rengga yang terdiri dari alumni Standup Comedy Indonesia klu tidak silap. Masing2 dengan ๐ข๐ฆ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฏ๐ข๐ฌ๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐ฌ๐ค๐ข๐ฅ๐ฅ yang sangat berjaya untuk menghidupkan dialog dan aksi babak2 komedi yang disajikan. ๐ƒ๐ž๐š๐๐ฉ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฒ (muka lurus selamba, dialog bersahaja) buat filem ni hidup dan menghiburkan.

Premis cerita mudah, 4 orang anggota polis terpaksa menyamar, masuk dan bekerja di sebuah rumah kebajikan (rumah perlindungan orang tua) dengan pelbagai halangan untuk menjejaki pembunuh anak datuk bandar (wali kota) di kota Yamakarta. Kegagalan misi sebelumnya membuatkan pasukan tu tiada pilihan melaikan mesti berjaya dan jika tidak akan dilucutkan jawatan. Mission itu dan berberapa penghuni yang sudah dikenalpasti berpotensi sebagai suspek menjadikan penonton terikat dengan cerita ini. Yang best kita penonton pun terikut meneka siapa suspek sebenar. Hampir2 jadi comedy thirller juga filem ni.

Kalau lama sudah tidak bergelak tawa, pigilah tengok filem ni. Plot twist ada, sarat sarcasm juga. Tonton di pawagam 10 Star Cinemas berhampiran anda k

Stars 5/5

#AgakLaenMenyalaPantiKu

#Support10StarCinemas

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *