Enjoy juga saya tengok filem ni. Apa tidaknya, dia punya rekaan set kreatif, persembahan magik segar menghiburkan dan paling penting lakonan ensemble cast yang menambah tekstur kepada cerita.
Setiap babak rasa macam satu permainan catur, setiap helah bukan sekadar menghibur, tapi untuk cabar batas kepercayaan dan logik. Sebelum tu filem ni klu x silap merupakan sambungan ketiga filem francais yang popular sejak 2013 ni. Bukan spin-off, tapi sekuel yang sambung kisah kumpulan ahli silap mata moden, The Four Horsemen tapi kali ini bersama beberapa wajah baharu yang membawa tenaga muda dan perspektif segar dalam cerita dunia tipu helah dan ilusi global ni.
Satu lagi, kali ni filem ni bukan lagi pasal mencuri atau tarik perhatian tetapi tentang mengungkap kebenaran di balik ‘persepsi’ melalui lapisan aksi dan plot twist bergaya yang ditampilkan oleh filem ini. Dari sisi falsafah ia mengungkap sejauh mana kita percaya kepada keajaiban yang terang-terang memang kita tau hanyalah rekaan semata. Yang best lagi, setiap camera movement filem ni terasa macam trick baru, yang berharap orang nampak “ajaibnya”, bukan “cacatnya”.
Pace cerita ngam2 tapi yang agak kureng bagi saya ialah narrative coincidence di sana sini, walaupun menarik tapi nampaklah terlalu ‘senang’ watak selesaikan masalahnya.
Central of driving force filem ini kekal bermain di antara helah, manipulasi sistemik dan kepercayaan, siapa yang sebenarnya mengawal permainan dan siapa yang sekadar jadi penonton dalam dunia penuh silap mata (mcm politik pun ada). Ia bukan sekadar tentang magik atas pentas, tapi juga tentang manipulasi dalam sistem yang lebih besar, tentang bagaimana manusia mencipta ilusi untuk melindungi kebenaran mereka sendiri.
Overall filem ini bagi saya bukan hanya mau kita kagum sesuatu tapi pada mada sama ia juga mau kita curiga dengan apa yang kita lihat. “Now you see me, now you don’t” bukan sekadar tagline, tapi sindiran terhadap dunia hari ini, di mana persepsi lebih cepat dipercayai berbanding kebenaran Seperti yang selalu berlaku di MEDIA SOSIAL 🙊
Stars 4/5


