Kang Solah, sebuah filem dengan mood seram komedi. Menyeramkan bukan dengan jump scare yg biasa-biasa tapi melalui permainan timing visual dan bunyi (sound spike) yang sengaja disusun untuk ‘jemput’ reaksi spontan antara ketawa dan terkejut semasa menonton
Walaupun filem ni spin off daripada filem Kang Mak (remake dari filem Pee Mak Thailand) tapi nampaknya filem ini boleh berdiri sendiri untuk tontonan walaupun tidak tengok filem pertama. Kelihatannya masih membawa ‘roh’ dari naskhah asal, tapi kali ini Kang Solah tambah lapisan baharu iaitu banyak satira sosial yang sinis tapi lucu ala kampung.
Memang tidak kering gusi tengok filem ni terutama sekali scene photoshot ahli keluarga bersama anak dan bakal menantu yang betul2 lucu dengan gelagat juru kameranya.
Kekuatan filem ini terletak pada pengarahannya yang bijak bermain dengan kontras emosi antara seram dan komedi, antara nostalgia dan keanehan. Plot twist di penghujungnya benar-benar menjadi, tidak terlalu kompleks tapi cukup membuat penonton tersenyum sambil berkata, “Oh, patutlah…!” Selepas ketawa2 sepanjang show, di hujung ada part yang agak touching tapi masih ada lucunya.
Secara keseluruhan, Kang Solah bukan sekadar spin off, tapi satu evolusi daripada dunia Kang Mak. Ia membuktikan bahawa genre seram komedi Indonesia kekal segar dan mampu mencipta “fear and fun” dalam satu naskhah yang seimbang.
Stars 4/5


