Filem MALAM TERLARANG (MAL 2025) ; Jalan cerita ‘tertata’ menarik, lakonan yang ‘terjaga’ rapi.

Malam Terlarang (MT) filem horor-drama yang mengungkap sisi gelap manusia yang sanggup bersekutu dengan syaitan demi mencapai keinginan duniawi hingga mencelakan diri sendiri dan keluarga.

Kejadian 38 tahun yang lalu (1987) Suasana pekan, perkampungan & pakaian dan kedai-kedai sekitar tahun terebut ditampilkan dengan begitu nostalgik sambil dilatari oleh lagu-lagu yang popular ketika itu

Plot point penting kematian mengejut dan ngeri sorang remaja perempuan, anak kepada Omar (lakonan Zul Ariffin) seorang ahli politik yang namanya sedang meningkat naik dan akan bertanding pilihanraya. Kejadian tersebut membuatkan Omar ingin menarik diri dalam pilihanraya hingga terpaksa dipujuk oleh ayahnya yang juga merupakan ahli politik veteran.

Jump scare? Plot twist? Cnfrm ada! Tapi untuk filem ini sy terpanggil breakdown lakonan para pendukung watak utama khususnya Zul Ariffin. Beliau dan rata-rata pelakon lain spt Hasnul Rahmat, Sofea Jane, Sabri Yunus, Sasha Abedul, Amir Nafis & Normah Damanhuri tampak benar-benar hidup dalam filem ni, gerak mata, nada suara mereka membawa penonton masuk ke dunia emosi watak. Kelihatannya hasil dari internalization yg mendalam oleh pelakon2 terlibat

Setiap ekspresi juga terasa organik. Paling mengkagumkan saya ialah watak Omar (Zul Ariffin) yang biasa saya nampak nampak sebagai pegawai polis, bodyguard tapi kali ini betul2 berjaya dengan watak sebagai bapa dan suami. Momen kematian salah seorang anak perempuannya sangat emosional. Arc karakteristik beliau selepas itu amat beliveable.

Pendek kata, rata-rata lakonan para pelakon dalam filem ni ‘terjaga’ dan tertata rapi, aksi reaksi lahir dari impuls sebenar bukan sekadar reaksi mekanikal atau skil di hadapan kamera semata. Hidup dan mengalir bersama cerita MT

Kawalan vokal dipelbagai situasi jelas terdengar dan terlihat terutama ketika situasi dramatik beri pengertian mendalam kepada cerita. Tone shift yang ditunjukan setiap pelakon mendetailkan lagi emosi watak hingga kita yang menonton merasai kehendak dan konflik watak.

Elemen lain, body language, postur gerakan2 kecil semuanya mengisyaratkan keadaan psikologi watak dengan jelas. Paling penting penting moment to moment connection antara watak yang begitu natural tiada yang terlalu dominan, berlebihan atau seumpamanya. Inilah yg selalu saya istilahkan lakonan yang tidak ‘dipamerkan’ tapi ‘dihidupkan’. Akhir sekali tahniah pengarahnya, Nurhanisham Muhammad, maaf pertama kali sy terbaca nama ini tapi hasil kerja dan garapan yang anda tunjukkan dalam filem ini amat2 saya hormati.

Dihujung cerita, saya akhirnya terjumpa makna Malam Terlarang yang menjadi judul filem ni.

Stars 5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *