Hal yang menjadikan filem ni lain sedikit dari filem horror lain barat ialah premisnya ; roh penjahat, ‘hidup semula’ sebab roh mangsa2nya ‘hidup semula’ meminta manusia hidup untuk senpurnakan jenazah mereka. Lain sikit sepengalaman sy menonton filem horor.
Sebelum ke review sebenar film ni sy teringat kata-kata Pak Anggy Umbara semasa sembang santai dgn penggiat perfileman Sabah 11 Okt 2025 hari tu. Lebih kurang … Walaupun penonton bioskop indonesia suka dengan cerita horor tapi terkini penonton sana memilih juga hinggakan filem The Conjuring ; Last Rites (2025) pun suda dianggap tidak menyeramkan lagi. Malah banyak lambakan filem yg belum / tidak ditayang. Sy terfikir, apa yang tinggal untuk ditonton? Klu filem The Black Phone 2 ni, cara filem ni merungkai misteri dan mempersembahkan ceritanya barangkali yang menarik. Saya personally teruja + seramla juga.
The Black Phone 2
Ok, kalau kau rasa The Black Phone (2021/22) tu seram betul sudah, kau tengok yang ni dulu baru kau simpulkan sbb lain orang lain pengamatan. To me sekuel ni bukan sekadar sambungan, tapi macam mimpi buruk yang tak pernah habis. Empat tahun lepas kejadian dulu, Finney & Gwen masih cuba hidup normal kerana gangguan.
Yang menyeramkan, telefon (rosak) tu “berbunyi” balik dan kali ni, The Grabber balik lagi bukan sebagai manusia, tapi sesuatu yang lebih gelap dan tak masuk akal.
Filem mencampurkan suasana sejuk (salji -jadi payah sikit mau relate, tempat kita tiada salji) tapi suasana tegang dengan percikan dan darah yang mengalir serta elemen api. Walaupun naratif banyak berasaskan kepada mimpi dan trauma tapi susunannya menarik membuat kita ingin tahu apa lagi selepas satu ke satu mimpi. Mcm ada vibe Nightmare on Elm Street sikit cuma versi moden dan agak sedih. Yang menarik juga dari pembikinan / suntingan filem ni ialah bagaimana garapannya membezakan babak mimpi dan babak realiti.
Overall, lakonan dua pelakon muda tu (Fin & Gwen) masih power. Tapi ada beberapa babak yang terasa drag dan mistik dia agak “lebih-lebih” tapi still boleh dihadam la
Stars 3.5/5


