Kali ni lain sikit review saya, macam mirip ke catatan peribadi. Sebelum tu disclaimer dulu ; Untuk pengetahuan saya ni bukan kategori kawan rapat atau kawan ‘jom mengupi’ dgn direktor filem ni, kawan kami ni jenis yang ada urusan penting baru bewasap atau sembang time berjumpa dalam majlis-majlis tertentu. Sy tulis begini sbb x mau ada pula yg bilang, aah kawan mistilah dia tulis bagus2.
Saya mulakan review filem SDB dengan kata-kata ZRA Strim frotila, dia cakap lebih kurang “Apabila kita berhadapan dengan sesuatu yang kita tidak fahami, alami atau ketahui, maka kita jangan mudah meremehkan perkara itu’. Ni semua saya muatkan dalam penulisan ni sbb filem ni kontroversial sgt sejak Julai tu hari malah time pembikinannya lagi tapi saya just baca-baca saja. Sorilah kalau review saya ni ‘drama’ sangat tuan puan ya.
Pertama, saya boleh katakan filem ni bukan membela sesiapa atau membeli simpati sesiapa. Untuk saya kau mau tengok tengoklah, nda mau tengok diam-diam. Kedua filem ni betul-betul hidang realiti dan struggle yang dihadapi oleh kanak-kanak stateless terutamanya. Banyak suda doku atau dokudrama pasal ni di pelbagai media tapi rasanya untuk filem, Syurga Dalam Botol ni saya rasa yang pertama kali.
Filem ini tidak 100% perfect tapi pengalaman saya menonton beratus filem mengesahkan filem ini ada jiwa, ‘sentuhan’ dan ‘rasa’ tersendiri. Saya lebih tersentuh bila tertengok kawan lama saya yang sudah meninggal dunia berlakon iaitu arwah Zakaria Nulun (Al fatihah)
Dari segi konten, sekali lagi klu ikut pengalaman, bergaul bercampur dengan rakan-rakan Suluk yang berstatus warganegara dan bukan warganegara saya rasakan filem ni paparkan hampir 80% kebenaran disebalik fenomena dokumentasi kewarganegaraan, selebihnya penulis / pengarah garap agar tampil sebagai filem untuk tontonan dan hiburan. Satu hal, penulis / pengarah SDB bijak membungkus filem ini dengan lojik dan justifikasi agar tidak menyentuh secara provokatif isu yang diketengahkan.
Saya taru sini sikit spoiler ya, saya tu terharu campur mau ketawa dengan scene Pakistan yang ada kedai runcit tu 😂. Pertama pelakonnya saya kenal betul sebagai penyanyi, kedua dialog bininya yang make sense. Ya menyentuh pasal dialog, filem ni saya boleh kasi A+ lah kalau saya secara peribadi. Menusuk, mengingatkan, menginsafkan.
Overall filem ni bagi saya ada aura ‘international’ dari look dan tema yang diketengahkan. Acting pula, penulis / pengarah mengusai setiap celah dan sisi hitam putih karakter watak yang diperlukan untuk filem ni. Setiap watak utama terutamanya fit dengan karakter. Oh ya Influencer yang terlibat dalam filem ni bukan ‘main taru’. Ken Tash Sakinah, Saweh (yg kecik semboi tu) cukup berkesan. Arc setiap karakter utama dikembangkan dengan justifikasi jelas. Kak Hajah Dayang Hasnah Ibrahim yang boleh titiskan air mata dengan kiraan 1..,2…,3… selepas pengarah sebut ‘action!’ tu tidak perlu saya ulas. Semua tau. Untuk filem Sabah genre Drama + action begini, Ebi Kornelis sudah tapau melalui filem ni.
#Support10StarCinemas #FilemSyurgaDalamBotol #FilemSabah #FilemMalaysia


