Filem ini betul2 angkat persoalan sejauh mana hati yang terluka sanggup lakukan demi membalas dendam. Ya, Siccin 8, tanpa buang-buang masa filem ni terus masuk ke isi iaitu sihir, dendam, keluarga dengan emosi yang lebih mendalam dan kejutan yang lebih sadis. Plotnya awalnya disusun rapi dan perlahan dgn penyampaian tidak kronologis mewajarkan rahsia watak utama terbuka sedikit demi sedikit
Apa yang membezakan filem ini dari siri sebelum ini ialah ketelitian pengarah build up simpati untuk watak antagonis. Tiba2 kita ‘berpihak’ kepada penjahat gitu, kita rasa marah, tapi pada masa sama kasihan dgn mangsa yg tidak terlibat or berdosa dlm cerita.
Naratif sangat berkesan dgn bunyi, visual, dan efek praktikalnya mengujakan. Ada babak tanpa bunyi langsung (hanya bunyi kain bergesar dsb tapi jadi menyeramkan.
Sinematografi kekal berkonsepkan gelap, sempit, menekan, membuatkan penonton terasa seperti “terkurung” bersama watak. Watak orang ramai pun hampir tiada (kecuali jin yang ramai berdiri). Lakonan watak2 terlibat sangat meyakinkan. Setiap stillness, renungan, tangisan, terasa betul-betul hidup.
Overall Siccin 8 adalah sebuah horor yang bukan saja menakutkan, tetapi ajak kita fikir tentang harga dendam yg emosional dan kejam.
Stars 4.5/5


