Filem MAGIK ROMPAK (2025) ; Sebuah ‘magik’ dari Adrian Teh

Openingnya fuhh, spectacular. Visual, bunyi, warna meledak serentak. Filem ni, kalau mau bilang action comedy boleh juga tapi bukan ke situ sangat. Yang ketara elemen hiest, crime, thirller memang confirm. Comic relief yang terselit beri ruang untuk penonton dapat bernafas. Bijak garapan filem ni.

Cerita mengisahkan Hadi ahli silap mata yang penuh misteri dan bercita-cita besar. Dalam satu insiden Hadi berjaya kawtim dengan geng Night Spark iaitu Fariq (Zul Arifin), Wawa (Amelia Anderson) & Ujang (Nadhir Nasar) untuk menjadikan cita-cita peribadinya jadi cita-cita mereka bersama. Di sini plot cerita jadi menarik dan menaik ke klimaks.

‘Magik’ dan kekayaan filem Adrian Teh yang ni terletak idea dan penceritaan. Keahlian Hadi selaku ahli silap mata terkenal dan kebolehan anggota Night Spark memperdaya penjahat yang selalu buat untung berjuta dari aktiviti jenayah penyumbang utama kepada dinamika. cerita. Seusai persetujuan kerjasama dicapai, bermulalah misi yang penuh drama terutama isu kepercayaan antara Hadi dan Night Spark dgn naratif yang sekejap tegang, kekadang mencuit hati buat cerita ini tidak bosan ditonton.

Seperkara, watak-watak antagonis juga tampil unik dan tersendiri. Saya paling tertarik dengan lakonan Fabian Loo dan Miller Khan yang menonjol walaupun dibayangi oleh pelakon dikenali ramai spt Sharnaaz, Zul Arifin & Amelia Anderson.

Lagi satu, Idea penyamaran facial duplication, identity swap ala filem ‘Mission Imposible’ tu pun digarap menarik, demikian juga kepakaran mengodam cctv dan password pintu elektronik, gajet untuk melengahkan, memusnahkan musuh terpapar dengan tampilan meyakinkan ala filem Hollywood

Skrip? best. Banyak bait kata yang sarar makna dan filosofik. Plot twist berlaku beberapa kali namun twist yang terakhir tu walaupun mindblowing tapi terasa seperti tidak begitu pun tidak apa. Overall filem ni tetap menghiburkan.

Stars 4/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *