Filem The Conjuring: Last Rites (2025): Elemen seram dengan nuansa kekeluargaan

Overall filem ni best! Mungkin bagi yang belum menonton akan tertanya-tanya, “Mana lebih best, yang dulu atau yang kali ini?” Bagi saya, filem dalam francais horror yang sama tidak sesuai dibandingkan secara terus kerana setiap siri membawa pengalaman berbeza. Persoalan yang lebih tepat ialah apa kelebihan Conjuring kali ini?

Nah, filem 𝐓𝐡𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐣𝐮𝐫𝐢𝐧𝐠: 𝐋𝐚𝐬𝐭 𝐑𝐢𝐭𝐞𝐬 2025 ni memang ada keistimewaan tersendiri. Pertama, filem ini memaparkan riwayat hidup Ed dan Lorraine Warren serta kisah anak mereka, Judy Warren, yang kini sudah dewasa. Nampaknya ini mungkin persediaan pihak produksi untuk membuka fasa baharu francais ini. Konflik keluarga juga ditekankan, khususnya kegusaran Ed sebagai bapa yang berat hati membiarkan Judy membina kehidupan sendiri.

Kedua, skrip dan dialognya terasa matang serta sarat pemikiran tentang kehidupan. Ketiga, jumlah jump scare kali ini lebih banyak dan intens, namun penonton masih diberi ruang untuk ‘bernafas’ melalui adegan ringan dan humor kecil yang diselitkan. Paling ketara, walaupun sebuah filem seram supernatural, nuansa hubungan kekeluargaan terasa begitu kuat dari awal hingga akhir bukan sahaja dalam keluarga Ed dan Lorraine, tetapi juga keluarga Smurf yang menjadi mangsa gangguan roh dari masa lalu.

Menonton filem ini membuatkan saya berfikir: kebolehan melihat atau berkomunikasi dengan entiti roh bukanlah satu kelebihan, tetapi beban berat yang turut mengancam keselamatan keluarga.

Seperti dijangka, DNA seram ‘Wan-style’ masih terasa dan malah lebih intens dalam filem ini. Seperti biasa juga, kerana ia diilhamkan dari kisah benar, maklumat tentang kejadian sebenar dipaparkan di akhir filem dalam bentuk keratan akhbar dan temu bual dengan individu sebenar yang terlibat merupakan satu tradisi yang sentiasa dinanti peminat Conjuring.

The Conjuring: Last Rites difahamkan melalui penerbitnya James Wan adalah menjadi penutup Fasa 1 francais ini, dan naratifnya jelas menyokong kenyataan tersebut sambil memberi petanda akan hadirnya fasa seterusnya yang mungkin akan melibatkan watak Judy Warren & suamnya Tony (ini bukan kata produksi, sekadar ramalan)

Seperkara, sejak kemunculan filem pertama pada 2013, siri Conjuring telah berkembang menjadi francais supernatural horror yang besar dan filem terbaru ini menutup fasa awal dengan penuh emosi dan makna bukan sahaja kepada keluarga Ed & Lorraine tapi juga penonton

STARS 4.5/5 ⭐️

#Support10StarCinemas
#TheConjuringLastRites

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *