Kisah paling tragis! tragedi rumahtangga paling pilu yang pernah sy tonton setakat ni. Nasib baik ada beberapa scene filler yg melibatkan watak-watak pembantu yang mencuit hati. Kalau tidak, teganglah sampai ke hujung. Tidak keterlaluan kalau saya katakan filem ni lebih dahsyat dari filem ๐๐ฝ๐ฎ๐ฟ ๐๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐ต ๐ ๐ฎ๐๐ (๐๐ก๐๐ข ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ) Kenapa sy mention filem ni? Pertama kedua-duanya arahan director yg sama iaitu ๐๐ฎ๐ป๐๐ป๐ด ๐๐ฟ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป๐๐๐ผ, kedua sebab pemeran utama lelakinya sama dulu dalam filem Ipar Adalah Maut, nama dia Aris, dalam filem La Tahzan nama Reza. Aktor ๐ฟ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐ง๐ ni memang sudah sinonim dengan watak-watak begitu kali. Dengar cerita puas juga dia ni kena kata2 kesat oleh peninat kerana lakonannya sebagai lelaki berselingkuh. Mengikut beberapa sumber cerita ni based on true story juga. Fuh
Cast ; menampilkan aktor papan atas (handalan) Indonesia iaitu ๐ฟ๐๐ซ๐ ๐๐๐๐๐ฃ๐ง๐, ๐ผ๐ง๐๐๐ก ๐๐๐ฉ๐ช๐ข & ๐๐๐ง๐จ๐๐๐ฃ๐๐. Pace cerita seimbang, nda terlalu slow nda terlalu fast. Aliran naratifnya ngam-ngam saja dan paling penting tiada babak membosankan.
Perwatakan; dorongan dan perasaan dialami watak mudah diresap ke jiwa. Barisan pemeran utama mmg outstanding. Ketegangan yang terjadi antara watak utama diimbang dgn cemerlang oleh beberapa barisan supporting cast utk penonton ‘bernafas’ seketika.
Well dlm filem ni ada pesan yang tersimpul, bahawa kehidupan berumahtangga mmg x akan pernah lari dari kealpaan samada dari lelaki mahupun perempuan. Paling menakutkan, perempuan kalau sudah tekad ingin memiliki seseorang tidak kira apa pun motivasinya modusnya pasti gila2 dan sukar dipercaya. Demikian juga kalau yang namanya perempuan sudah terluka, hanya kesedaran tuhan dalam dirinya ja yg mampu mengubah.
Teringat kata-kata Tn Onn Norshal Hamzah (CEO 10Star Cinemas) time sembang bersama beberapa pengiat tempatan selasa lalu. “Penonton filem di Indonesia lebih tertarik dengan filem bergenre Drama dan Horor. Sana filem action susah jalanโฆ” Jelas tn Onn yg selalu berulang-alik ke sana utk urusan jual beli rights filem.
STARS 5/5 (highly recommended)


