Kita di Sabah selalu bilang, “bukan alang-alang baini” itu kalau kita mau perihalkan tentang level kekaguman kita pasal satu-satu hal. Inilah yang bermain difikiran saya ketika minit-minit awal filem ni. Saya sangka biasa-biasa gais, macam filem-filem Jackie Chan terdahulu. Saya pergi jaklah tengok sebab tiket sponsored kan. Ternyata meleset sangkaan saya, pengarahnya Larry Yang bukan menghasilkan yang biasa-biasa. Dari storynya saja pun jelas. Bayangkan bah, openingnya tu pasal rompakan tapi bukan rompak wang tunai atau berlian… gila. Ini Filem action-thriller terkini yang saya boleh katakan berada di liga dan standardnya tersendiri. Sebab tu saya yakin katakan, pemuja filem action-thriller Korea Selatan yang tonton filem ni bakal betulkan semula persepsi dorang.
Casting, padu betul dua veteran filem Hong Kong iaitu Jackie Chan dan Tony Ka Fai Leung, convincing dan memukau. Kedua-duanya all-out untuk deliver karakter masing-masing. Sesekali Tony Ka Fai Leung terlihat lebih menonjol sesuai peran sebagai antagonis. Aaa.. ni menarik banyak sisi lain karakter Jackie Chan sebagai Wong yang terlihat dari filem ni yang tidak pada filem-filem beliau sebelumnya. Nampak lebih serius tapi pengarah lebih bijak bila mungkin sengaja selitkan satu dua babak ciri khas fighting scene ala-Jackie Chan untuk tatapan peminat setia Jackie.
Sinopsis filem ni jelas dari 10 minit pertama filem dengan naratif masterminded-robbery yang sangat smooth dan berjaya lolos dari intervensi polis moden Macau yang guna A.I untuk kesan penjenayah aa. Na menarik lagi teknik kumpulan perompak lolos dari polis tu lebih mindblowing dari yang pernah kita tengok misalnya dalam filem “The Italian Job”. Sudahlah gitu kesemua perompak wajah dorang tidak tipikal karakter perompak tapi semuanya hensem macam boy band K-Pop dengan skill tinggi.
Macam mana Jacky Chan boleh involve? Aa ni bagus kena tengok sendiri nanti jadi spoiler pula tapi saya terkesan garapan babak kemunculan Jackie Chan dalam filem ni sedikit ala-ala Denzel Washington ketika dijejaki oleh Dakota Fanning dalam filem The Equalizer 3. Dan satu lagi, babak fighting brutal Tony Ka Fai Leung tu terlihat ala-ala Keanu Reeves dlm filem John Wick : Chapter 4 tapi laagi brutal rasanya. Puas kita tengok. Overall filem ni walaupun padat aksi dan sebagainya ia tetap tampil dengan sarana pemikiran terutama tentang jenayah moden dan terancang. Nilai kekeluargaan juga jelas digarap dalam filem ini untuk mengimbangi babak brutal yang disajikan.
Stars 5/5


