Julung kalinya saya review filem sebagai penulis jemputan bagi filem yang ditayangkan di 10Star Cinemas, Parklane Benoni. Thanks tiket percumanya dan popcorn + lemon tea. Thanks juga kepada staf yang murah senyuman dan semestinya terima kasih Tn. Onn Norshal Hamzah, CEO 10Star Cinemas yang spontan buat tawaran hari tu dan saya pun sambut spontan.
Yes filem WEAPONS (AS) cerita seram, misteri & thriller tulisan dan arahan Zach Cregger penulis dan pengarah filem Barbarian tahun 2022 yg pecah panggung. Oleh kerana ini task pertama saya sebagai penulis review jemputan. Dalam hati , “saya tidak akan tulis macam review lain yang pernah sy baca, saya akan tulis ikut gaya saya sebelum-sebelum ni” Betul-betul menonton sebagai penonton biasa, menikmati visual, merasai rasa cerita dan kongsikan rasa lewat tulisan. Seperkara menonton filem diusia saya memerlukan sebab konkrit untuk terus duduk menonton tanpa mengantuk. Pernah juga tu beberapa kali saya tertidur semasa menonton sebelum ni sebab cerita agak kureng tapi untuk filem yang ini nahhh…
Selain selesa dengan seat empuk ala vip berwarna kuning emas yang tersedia di Royal Theatre, Hall 1 pawagam 10Star Cinemas tu, audio dan suasana hening dari muzik dan suara latar seorang kanak-kanak yang memulai penceritaan filem buat saya rasa segar dan layan diri sambil kasi rebah kerusi (boleh pula kasi rebah pula tu barang). Belum sampai 60 saat, saya tegakkan semula bila terlihat watak seorang guru perempuan berambut pendek (Justine, lakonan Julia Garner ) masuk ke kelasnya seperti biasa, hairan bila mendapati kelasnya kosong, tambah misteri bila ada reveal shot yg memperlihatkan rupanya ada seorang murid juga yang hadir dari 18 orang murid di kelasnya. Awal pagi, tidak ada subjek physical education atau lain-lain outdoor activity tapi 17 orang murid tidak hadir! hilang!
Naratif filem ni memang kreatif dan bijak bila saya sendiri as penonton sudah jadi ‘sebahagian dari ibubapa’ dalam filem tu bertanya, seolah-olah saya ditengah kerumunan ibubapa tu bertanya-tanya, kemana anak-anak ni semua hilang? mula meneka “angkara entiti ghaib? alien? guru kelas? polis? Semua kemungkinan berlegar di kepala. CCTV? semakan di rumah ibubapa yang ada cctv semakin menambahkan misteri. Ya kelibat anak-anak mereka keluar serentak meninggalkan rumah seawal pukul 2:17 pagi muncul dalam rakaman tapi tiada petunjuk tentang kemana mereka pergi hingga situasi makin tegang.
Ditengah keasyikan dan ketegangan mengikuti cerita menanti jawapan kehilangan kanak-kanak terlibat, terselit unintentional comedy melibatkan guru besar sekolah dan ‘pasangannya’. Ini mungkin kesan latarbelakang pengarah Zach Cregger yang pernah jadi ahli kumpulan siri komedi TV di AS sekitar pertengahan dan penghujung 2000an dulu.
Teknik penceritaan by-chapter (bab) atau chapter-based-structur seperti gaya beberapa filem genre serupa Thailand dan Korea Selatan tambah mendekatkan penonton dengan jalur cerita.
Ending ?
Feel good ending? Satisfying?
Bagus kamu tengok sendiri. Kalau kamu di KK drive lah ke Parklane Benoni ikut jalan Pan Borneo, tengok di 10Star Cinemas.
#Support10StarCinemas #Pawagam10StarParklaneBenoniPapar


