Sekali imbas, filem The Well nampak mcm satu lagi filem survival pasca-apokalips yang tipikal. Dunia rosak, sumber semakin habis, manusia jadi kejam demi hidup. Tapi bila ditonton betul-betul, filem ini sebenarnya lebih kecil skalanya dan lebih fokus kepada konflik manusia daripada aksi besar.
Cerita berpusat kepada sebuah keluarga yang tinggal terpencil di kawasan hutan. Dalam dunia mereka, air bersih sudah jadi sesuatu yang hampir mustahil untuk didapati kerana kebanyakan sumber air telah tercemar. Ironinya, keluarga ini menyimpan satu rahsia besar iaitu mereka masih mempunyai sumber air bersih. Dalam dunia yang haus, rahsia seperti itu bukan sekadar hartaโฆ tapi juga ancaman.
Seperkara tiada disebut tentang minyak dlm filem ni, subtajuk di atas hanya imaginasi sy.
Filem ini awalnya bergerak perlahan. Kita dibawa melihat rutin sebuah keluarga yang hidup penuh berhati-hati. Suasana sunyi, rasa curiga, dan ketakutan terhadap orang luar sentiasa terasa. Kemudian segalanya berubah apabila seorang lelaki yang cedera muncul dan meminta bantuan. Dari situ, ketegangan mula dibina sedikit demi sedikit.
Apa yang menarik tentang filem ini ialah ia tidak bergantung kepada aksi atau kejutan. Ketegangan datang daripada persoalan moral sejauh mana kita boleh percaya kepada orang asing dalam dunia yang sudah runtuh? Setiap keputusan watak terasa berat kerana satu kesilapan sahaja boleh membawa bencana.
Dari segi suasana, filem ini berjaya mencipta mood yang agak suram dan menekan. Lokasi terpencil, warna visual yang kusam, serta rasa sunyi yang panjang membuatkan dunia dalam cerita ini terasa benar-benar kering dan tidak mesra manusia. Kadang-kadang ia terasa seperti menonton drama keluarga yang perlahan, tetapi di bawahnya sentiasa ada rasa bahaya menunggu.
Lakonan para pelakon juga bantu hidupkan konflik. Hubungan antara ahli keluarga, terutama tekanan emosi yang mereka tanggung untuk lindungi rahsia mereka, terasa cukup realistik. Penonton boleh faham kenapa mereka menjadi begitu curiga terhadap orang luar.
Secara keseluruhan, The Well bukan jenis filem apocalypse yang penuh aksi atau makhluk pelik. Ia lebih kepada cerita tentang manusia yang terdesak apabila sumber kehidupan menjadi terlalu terhad. Dalam dunia seperti itu, soalan paling menakutkan bukanlah โbagaimana hendak hidupโ, tetapi โsiapa yang boleh kita percayaiโ.
Bagi yang suka filem survival yang lebih tenang, psikologi dan penuh ketegangan perlahan, filem ini boleh jadi pengalaman yang menarik tapi kalau harapkan aksi besar atau rentak laju, filem ni mungkin akan terasa sedikit perlahan dan agak memenatkan
Filem ni buat kita insaf tentang sumber air bersih oleh itu “Hargai air bersih! Jimatkan air!’
Stars 3.8/5


