๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐’๐‚๐‘๐„๐€๐Œ (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐Ÿ‘ ๐ญ๐š๐ซ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐Ÿ๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ง๐ข, ๐ˆ๐๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ญ๐ข ๐ฆ๐ข๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ๐ข ๐ฌ๐ข๐š๐ฉ๐š ๐ ๐ก๐จ๐ฌ๐ญ๐Ÿ๐š๐œ๐ž, ๐ค๐ž๐ญ๐ž๐ ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ญ๐ฎ๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ง ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐ข๐›๐ฎ ๐๐š๐ง ๐š๐ง๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ซ๐ž๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐š๐ง๐ง๐ฒ๐š.

Scream 7 masih kekalkan identiti utama francais ini iaitu gabungan slasher, misteri, dan permainan psikologi antara pembunuh dan mangsa. Namun yang menarik dalam filem kali ini ialah teras emosinya, iaitu kisah seorang ibu yang sangat protective terhadap anak perempuannya ketika ancaman Ghostface kembali menghantui.

Walaupun filem ni brutal seperti siri sebelumnua tapi perihal hubungan ibu dan anak yang terselit beri sedikit lapisan emosi yang lebih kuat berbanding sekadar filem pembunuhan ganas yang biasa. Ketika bahaya semakin dekat, motivasi watak ibu sangat jelas melindungi anaknya walau apa pun risikonya.

Dalam sudut lakonan, situasi ini memberi ruang kepada pelakon untuk bermain dengan tindakan yang mempunyai tujuan yang sangat spesifik iaitu tenangkan anak yang ketakutan, cuba fahami ancaman sebenar dan dalam masa yang sama berusaha kawal keadaan yang semakin tidak selamat. Apabila objektif ini dimainkan dengan jujur, ketegangan terasa lebih hidup.

Tentang lakonan dan elemen jump scare, seperti kebanyakan filem Scream, elemen jump scare masih menjadi salah satu alat utama untuk cetuskan reaksi penonton. Namun bagi saya, keberkesanan jump scare tidak datang daripada bunyi kuat atau kemunculan mengejut semata-mata.Jump scare yang berkesan juga biasanya berlaku kerana penonton sudah dilibatkan dalam situasi itu secara emosi lebih awal. Bila watak benar-benar terlihat cuba selamatkan diri, cuba berfikir atau cuba mengawal ketakutan mereka, barulah kemunculan Ghostface terasa mengejutkan.

Dalam beberapa babak, pelakon berjaya membina ketegangan melalui tindakan kecil pandangan ke belakang, langkah yang semakin perlahan, atau perubahan tenaga ketika mereka mula sedar bahawa mereka tidak bersendirian. Momen seperti inilah yang buatkan jump scare terasa lebih kuat.

Seperkara tentang filem ni yang kadangkala ada elemen โ€˜mengarutnyaโ€™ ialah apabila pelakon dalam pembawaan watak benar-benar bermain dengan objektif (watak Sidney Scot) untuk melindungi, menyelamatkan dan bertahan hidup, filem seram seperti ini jadi lebih daripada sekadar kejutan semata, ia menjadi pengalaman emosi yang penonton boleh rasai bersama watak.

Stars 4.5/5

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *