๐€๐‡ ๐๐„๐๐† ๐•๐’ ๐‹๐ˆ๐€๐๐† ๐๐Ž ๐๐Ž (๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”) ; ๐ˆ๐ฅ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ก๐ฎ๐›๐ฎ๐ง๐ ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐’๐ข๐ง๐ ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ‘๐ฌ๐ฐ๐ž๐ž๐ญ’ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ 

Bayangkan anda seorang Cina tradisional dari Singapura yang bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah keluarga Cina kaya di Malaysia. Anak kecil yang anda jaga begitu nakal hingga membawa anda berunding di bawah meja (under table) supaya membenarkan dia keluar ke mall tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dengan yakin dia berkata, โ€œunder table always work.โ€

Babak ini bukan sekadar jenaka tentang kenakalan kanak-kanak. Ia berfungsi sebagai sindiran mikro terhadap normalisasi rundingan tidak formal, satu amalan yang sering menjadi bahan stereotaip silang antara Malaysia dan Singapura. Komedi dalam momen ini lahir bukan daripada punchline semata, tetapi daripada pertembungan nilai antara dua budaya yang saling menilai antara satu sama lain melalui lensa moral yang berbeza.

Secara naratif, filem ini mengisahkan seorang pengawal keselamatan panas baran bernama Ah Beng yang terlibat dalam kejadian yang memaksanya bekerjasama dengan seorang nenek tegas, Liang Po Po, dalam misi menyelamatkan seorang gadis bernama Xiao Yun daripada sindiket perdagangan organ manusia. Konflik bermula apabila kedua-duanya satu dari Malaysia, satu dari Singapura harus bekerjasama walaupun datang daripada latar budaya dan generasi yang berbeza.

Untuk saya, misi penyelamatan Xiao Yun bukan sekadar pemacu aksi. Xiao Yun boleh ditafsirkan sebagai representasi generasi muda yang terdedah kepada eksploitasi sistemik yang melangkaui sempadan nasional. Sindiket perdagangan organ dalam konteks ini berfungsi sebagai metafora kepada ancaman transnasional yang tidak memilih warganegara, sekali gus menuntut kerjasama rentas negara untuk ditangani.

Komedi filem ini pada awalnya banyak bergantung kepada stereotaip Malaysiaโ€“Singapura termasuk perbezaan sikap sosial dan budaya makanan tetapi kemudian diperkuatkan lagi melalui interaksi watak bertentangan Ah Beng yang impulsif berbanding Liang Po Po yang tegas dan berhati-hati. Kesalahfahaman budaya dan situasi slapstick yang hiperbolik ketika mereka cuba menangani penjenayah akhirnya mencerminkan proses rundingan dan adaptasi yang sering berlaku dalam hubungan dua negara
jiran.

Secara keseluruhan, walaupun filem ini kadangkala menyentuh isu sensitif melibatkan dua negara, ia berjaya menyampaikannya melalui humor yang terkawal dan menghiburkan. Elemen kasih sayang antara ahli keluarga sebagai unit paling asas dalam pembentukan masyarakat turut memberi sentuhan emosi kepada naratif, sekali gus mengingatkan bahawa hubungan serantau tidak semestinya dibina atas persamaan nilai tetapi atas kesediaan untuk bekerjasama apabila berdepan ancaman yang sama.

Untuk saya, Ah Beng vs Liang Po Po adalah brilliantly crafted dalam cara ia menyatukan konflik budaya, aksi dan emosi keluarga sambil tetap menghiburkan dan menyampaikan mesej hubungan Malaysiaโ€“Singapura secara halus.

Stars: 5/5
Sesuai tontonan seisi keluarga.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *